“Darjah 6? Ingatkan Sudah Tingkatan 6 tadi..” – Sangkakan Pucuk Muda Rupanya Baru Tunas!

Kids nowadays. Itulah istilah yang sering digunakan oleh kebanyakkan orang dewasa bagi menunjukkan betapa advance-nya kanak-kanak sekarang berbanding dengan mereka sewaktu berada di bangku persekolahan suatu ketika dahulu.

Baru-baru ini jadi tular di laman-laman media sosial gambar makan malam di sebuah sekolah rendah yang tidak ubah seperti sebuah majlis prom.

Apa yang menjadikannya lebih menarik apabila pelajar-pelajar yang baru berusia 12 tahun ini sudah pandai bergaya seperti seorang yang sudah dewasa.

Selain daripada memakai pakaian yang elegan, kanak-kanak perempuan yang hadir pada malam prom itu juga sudah pandai bersolek dengan menggunakan mekap.

Gambar-gambar yang dimuatnaik ke dalam laman Instagram @saraiman14 dengan kapsyen “Malam Seribu Kenangan” itu kemudiannya menjadi tular dalam masa yang singkat setelah gambar itu mendapat perhatian daripada netizen yang berasa kagum dengan ‘pencapaian’ mereka ini.

Batch ‘05 👩‍🎓🌟

A post shared by Sara Iman (@saraiman14) on

Alhamdulillah 😊 and congrats to everyone else ✨

A post shared by Sara Iman (@saraiman14) on

Alhamdulillah 😊 and congrats to everyone else ✨

A post shared by Sara Iman (@saraiman14) on

💫

A post shared by Sara Iman (@saraiman14) on

Sara dan rakan-rakan lengkap berdandan dan berhias serta mengenakan night dress membuatkan ramai berpendapat bahawa pelajar zaman sekarang nampak lebih matang daripada usia mereka.

Difahamkan, pelajar-pelajar darjah 6 ini adalah daripada salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan menghadiri jamuan makan malam di hotel bertaraf 5 bintang di Mutiara Damansara.

Jadi, desas-desus kanak-kanak yang sudah advance sekarang ini sudah terbukti bukan lagi sebuah mitos ya?

Sumber : https://darlingsuhana.net/2018/sangkakan-pucuk-muda-rupanya-baru-tunas-alamak-baru-darjah-6-ker-ingatkan-sudah-tingkatan-6-tadi/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *